perasaan juga tak pernah tipu,
tapi perasaanlah yang membuatkan kita salah tafsir,
kadang salah tafsirannya kadang tepat jangkaannya.
hati tak pernah berhenti bergetar,
hati tak pernah diragui perasaannya,
tapi hati boleh mendatangkan kezaliman,
kezaliman terhadap diri sendiri mahupun persekitaran.
aku tak mengerti mengapa aku begini,
sedang rasa itu pergi ia mudah datang kembali,
mahu berdiam diri dan terus menyepi,
dan aku yakin Tuhan sentiasa berada di sisi.
kau hanya mementingkan diri,
tidak peduli sesiapa di sisi,
asal saja dapat melepaskan sendiri,
kau pergi sesuka hati.
manusia sering melakukan kekhilafan,
tidak ada yang sempurna antara kalian,
kesalahan boleh dimaafkan,
tetapi jika berulang kali dilakukan mencurigakan kepercayaan.
aku menulis kau membaca,
aku menangis kau tertawa,
aku tersungkur kau tiada,
itulah aku yang tiada apa,
yang banyak cacat celanya .
p/s : aku mencuba karya serta bakatku untuk menulis genre ini . harap sokongan ! :)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.