menulis tanpa kata dan hanya lahir mengikut naluri hati. hati berkata tetapi hanya kita sahaja yang mampu memahaminya. kadang tersilap tafsir dek perasaan yang tidak menentu . kadang ramalannya tepat dan berlaku . yang dikatakan kebetulan . tidak semua yang diidamkan akan dapat . berubah kerna sesuatu atau terpaksa berubah kerana melihat orang lain berubah? berubah kerana kesedaran diri sendiri akan berkekalan tetapi berubah kerana orang mustahil segala kesalahan yang dilakukan akan diulangi . menulis tanpa arah tujuan seperti debu yang bertebangan menikut arah angin meniup . sekejap ke barat sekejap ke timur . tidak menentu tiap masa . seperti juga aku . kadang kala mencari identiti diri yang selama ini ku cari . kerana diri sendiri akan membuat keputusan seperti apa yang kita mahu . hati kosong . fikiran kosong . kadang seperti hati batu kerana tidak mempunyai perasaan simpati atau sebaliknya . tetapi apa yang terjadi akan membuatkan seseorang itu belajar dari kesilapan yang dilakukan . memberi dan menerima amat sinonim dengan diri yang bergelar manusia . juga seperti pepatah arab 'tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah' . mengikut situasi apabila sesuatu pepatah itu hendak digunakan . seperti aku yang tidak tahu apa yang sedang aku lalui sekarang . melihat keadaan sekeliling penuh gelak tawa . aku terhibur . kadang dalam hati aku hanya memendam seorang diri . silence is the best medicine . aku senyap sehingga aku tak mampu mentafsir perasaanku sendiri . aku hanya memastikan kawan di sekelilingku akan gembira kerana pada aku . perasaan ini akan hilang dengan sendirinya . walaupun kadang kala amat memeritkan untuk aku menelan . orang memandang aku seorang yang happy go lucky . dan aku akan memastikan sikap itu tidak akan hilang pada aku . kadang kala merasa sunyi dan kadang kala sedih . tetapi aku sudah lali dengan semua itu . dan ku berharap agar Allah sentiasa mendengar doa ku bisik hatiku ketika bersujud kepadaNya . aku yakin suatu hari nanti . pasti ada jawapan di sebalik apa yang terjadi . dan alhamdulillah . aku semakin tabah untuk melangkah ke hadapan . terima kasih Ya Allah ! semoga diri ini terus kuat .
p/s : maaf . tulis tanpa arah tujuan . kerana rasa yang ku rasakan tidak dapat di tafsirkan. sekian.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.