Friday, April 22, 2011

mungkin bahagia .

aassalamualaikum dan salam sejahtera . lama sudah tidak menghupdate blog ini . maaf atas kelewatan . kerana tiada masa untuk berkarya . minggu lepas ke big or bina insan guru buat pertama kalinya dalam semester ini . best sangat best . tapi badan sakit cket la . tak pe . boleh tahan lagi . Insyaallah . bina insan guru ini salah satu benda yang wajib pegi . dan kalu tak pegi , tak boleh graduate tau . punyer lah dahsyat BIG nie . HAHA .


aktiviti pon best . ada kembara/ trekking . ada kayak . ada water-confident . ada survival . ada malam kebudayaan . dan macam macam lagi . tapi selepas balik . kehitaman jelas ternyata la . terbakor kulit . sunburn baq ang . tak pe . ini kecik punyer hal . yang penting da lepas kan . :) lagipun minggu depan da stat ukjk . amali pj . hah . same je nanti . hitam jugak . HAHA . 


awal awal muka ceria je . ceh . ke-excited-an tu memang tak boleh nak sangkal la . tak menyabor nie nak sampai ke PD . HAHA . bertolak tepat jam 8.30 pagi . dan sampai ke Telok Kemang dalam jam 10 pagi . naik bas ekon . tak tido pon . sebab excited tu telebih . behenti kat RnR Seremban . breakfeast sekejap . 
















tyme nie bawu sampai kat tanjung tuan . aktiviti pertama kami . group di pecah kan kepada 2 kumpulan . satu kumpulan lagi pegi berkayak . bawu je sampai twos amek gambo dulu . HAHA . kebiasaan tu . 








ini aktiviti kedua . iaitu berkayak . mak ai . mak u . penat jangan cakap la . kalu takot dilambung ombak . jangan berumah . tepilah pantai . HAHA . pegi syok lagi . ombak pon sepoi sepoi bahasa . balik da la air surut . ombak pon kuat . nak patah tangan mendayung nye . tapi tak pe . kita lawan . :) budak pj kan . kene lah kuat . 

mandi manda bersama rakan rakan kelas yang havoc ! nakal ! baik ! :)


dan lastly , kalu aku tak pegi ngan group bi nie . tak jumpe aku ngan lect nie . tak kenal maka tak cinta . :) and , die tegur baju arsenal aku cantik . eskeusmie , budak budak nie tak penah tego jersi arsenal tu cantik . tapi beliau boleh tego . wah . kembangnye saya . ;) padahal beli kat GM Klang je . tak pe cikgu . kalu saya ad rezki lebih . saya belikan cikgu satu ye . :) BIG in memory ! :)

nie ayah kami . merangkap kem komandan kami . garang , tapi dalam hati ada taman . beliau sangat berpuas hati dengan group kami . memang memuji jela tyme majlis perasmian penutupan tu . kembang je sume owang . :) beliau bagi 8.5 daripada 10 . cayalah !



p/s : minggu depan da stat amali pj . model balapan ngan padang tak buat lagi . gerko pon minggu depan . uak pon minggu depan . apa nak jadi . jadi la . huahuahua .

Thursday, April 7, 2011

rasa hati .

perasaan tak pernah bohong,
perasaan juga tak pernah tipu,
tapi perasaanlah yang membuatkan kita salah tafsir,
kadang salah tafsirannya kadang tepat jangkaannya.


hati tak pernah berhenti bergetar,
hati tak pernah diragui perasaannya,
tapi hati boleh mendatangkan kezaliman,
kezaliman terhadap diri sendiri mahupun persekitaran.


aku tak mengerti mengapa aku begini,
sedang rasa itu pergi ia mudah datang kembali,
mahu berdiam diri dan terus menyepi,
dan aku yakin Tuhan sentiasa berada di sisi.


kau hanya mementingkan diri,
tidak peduli sesiapa di sisi,
asal saja dapat melepaskan sendiri,
kau pergi sesuka hati.


manusia sering melakukan kekhilafan,
tidak ada yang sempurna antara kalian,
kesalahan boleh dimaafkan,
tetapi jika berulang kali dilakukan mencurigakan kepercayaan.


aku menulis kau membaca,
aku menangis kau tertawa,
aku tersungkur kau tiada,
itulah aku yang tiada apa,
yang banyak cacat celanya .


p/s : aku mencuba karya serta bakatku untuk menulis genre ini . harap sokongan ! :) 



Monday, April 4, 2011

kelas ahmad durrah .

assalamualaikum dan salam 1 malaysia . 1 dunia . satu satu saya sayang ibu . HAHA :) tetiba nak mengentry kan story zaman purba dahulu kala . bukan zaman pra sejarah . sebab aku tak suke sejarah . HAHA . bukan cerita agung percintaan romeo dan juliet , mahupun laila majnun mahupun putera katak mahupun jack dan rose dan percintaan siti kelembai dan abu john . tidak sama sekali . ini cerita pasal sekola dulu dulu la . tak agung tapi bermakna jugak bagi aku . sebab aku dapat kenal seseorang yang bagi aku sangat berharga la . 


sumber inspirasi - sumber kewangan - sumber manusia - sumber dorongan - sumber alam -  pusat sumber . sebab tu aku ingat sangat kekesahannya terjadi . apabila aku berada di tingkatan 4 di salah sebuah sekola di malaysia . 

exam's week . 12.30- 1.30 tgh . syariah islamiah . (kalau tak silap la)


ahmad durrah : shh ! shh ! cepat cepat . cikgu da datang . 
kawan kelas ahmad durrah : cepat cepat ! simpan buku semua . nak exam da .
tapa koya : bangun . (dan bagi salam) 
timah lamut : cikgu bawu . lagak cam cikgu lama je . muka masam . (monolog dalam hati)
peah kusut : cikgu bawu . bawu datang dari sekola tuut ! bawu pindah . jelas beliau padaku .
cikgu bawu : yang kat depan tu . simpan buku . tak tau exam da nak start??? (nada marah+menegking)
kiah leman : hek eleh cikgu nie . kerek giler . da la bawu . cakap elok elok sudey ~ (bentak kiah dalam hati)


******
exam tamat . kiah leman menunjukkan emosi marah dek kerana cara cikgu bawu tersebut menegur kawan kelas ahmad durrah . sepanjang jawab paper tersebut kiah leman bermonolog dalam hati dan tidak berpuas hati dengan cikgu bawu tersebut . sehinggakan konsentrasi hilang untuk menjawab dek kerana cikgu bawu tersebut setinggi 4 inci tinggi kiranya . berdesing telinga denga ketak ketuk ketak ketuk bila beliau berjalan dari meja ke meja . tragedi itu berakhir di situ dan cuti sekola bermula . kiah leman balik ke kampung dengan menumpang bas sekolanya kerana se arah dengan rumahnya . bas tersebut menuju ke sekola di kota tinggi atas event yang di anjurkan . kiah leman duduk di sebelah kakak senior pada mulanya . tetapi selepas kiah leman diperintahkan keluar untuk  membeli minuman di kantin . posisi kiah leman tadi telah di ambil alih oleh kawan beliau . demn ! (bentak kiah dalam ati) kiah leman memandang ke kiri , kanan , depan dan belakang . sume tempat da penoh . satu sahaja yang kosong . kiah leman tidak sanggup duduk di situ kerana kaih leman akan duduk di sebelah cikgu bawu yang kiah memang anti ! kiah leman tiada pilihan lain . kiah leman terpaksa . bas mahu memulakan perjalanan . muka kiah monyok + toye + pasrah + redha . barangkali . 


******
kiah leman membisu sahaja . sepatah pon tidak bercakap dengan cikgu bawu itu . tiba tiba cikgu bawu tersebut menegur kiah leman . "bukak la kad matrik tu . dalam bus tak payah pakai . t hilang dengan sebuah senyuman ' . kiah leman bengang + malu + muka ijau biru menanggalkan kad matrik tersebut . malu nye ! (desis kiah leman) . dalam perjalanan kiah leman mengenali cikgu bawu tersebut . dan kiah leman senang berbual dengan beliau . sehinggakan ada yang cakap 'cikgu tu aja kiah ke ?' kiah 'tak la . bawu kenal nie ' mereka ' nampak da mesra sangat ' kiah sudah mula mengusir segala perspektif buwok terhadap cikgu bawu tersebut . betol kata owang  'tak kenal maka tak cinta . da kenal becinta nak tinggalkannya ' . perbualan kiah leman dan cikgu bawu tersebut berakhir di mana destinasi kiah leman sudah sampai . cikgu bawu memberi nombor telefonnya kepada kiah leman jika ada apa apa . situasi berakhir dengan perspektif yang lain bagi kiah leman . 


******
kiah leman bermecej lebat dengan cikgu bawu nya yang pada kiah leman sangat friendly dan sporting . kiah leman sangat senang dengan cikgu bawu itu . sehingga sekarang kiah leman masih bercontact dengan cikgu bawu itu . cuma tak berapa lebat . renyai renyai barangkali . kerana cikgu bawu sangat lah sibok owangnya . mengalahkan 'n' dan 'r' . HAHA . :D 

cikgu bawu tersebut . cari cari ada pulak gambar beliau . nie pon cilok mane tah . HAHA . :)

jamuan form 5 2009 - danau golf- ukm (gamba first)


watak utama : cikgu bawu - pn. ku zaleha 
                       kiah leman - aku 
cerita ini tiada kene mengena dengan yang hidop ataupun yang telah meninggal dunia .

p/s : masih menunggu hari untuk melangsaikan janji . takpe . take ur time . bab makan . saya leh tunggu la :)

Saturday, April 2, 2011

tak tergoda la !

assalamualaikum w.b.t . dan salam sejahtera ! yeah . tengok tajok atas tu rasa rasa nye pasal apa? HAHA . :D bukan apa pon . tak kuning tak biru . tak jugak coklat . :) semalam aku g bandar tasik selatan nak jumpa kawan sekola rendah aku dulu . sebab da lame janji nak jumpa . so semalam bawu dapat jumpa . tapi , setiap kali apoiment di buat dia akan ajak aku ke cheras . aku cakap la . ko ada ap kat sane ha?? tiap kali ajak kua mesti nak g sana . tapi aku turut kan jugak . mungkin sebab dia ase bez kat sane kan . aku sampai awal . so aku tunggu kat surau bts . pergh ! bts cam airport baq ang . bukan macam . tapi memang . ini citer betol nie . citer masjid tau . HAHA . :) 
 nie board tok bus bergerak . amacam ? care tak ? HAHA. 
nie lak tempat beli tiket . cam kastam kat airport kan? an3?? 

so , da duduk kat lam setengah jam ke satu jam la tunggu kawan aku tu . nek ngantok mate nie ha . tapi aku sailang bagi tak ngantok . then die pon sampai dari UM . mugkin jumpa kawan die kot . so , salam sume pelok pelok . cium cium . tett! ini kawan perempuan ye . bukan lelaki . :) 12 taon tak jumpa . so , ke-exiceted-an tu lebih cket la . then tunggu kawan die dari ukm jap . 2 owg . bila da kenal ngan mereka . kami pon bergerak ke cheras . pergi ke bangunan . menyelusup ke satu lorong ke lorong lain . hati aku da rasa lain . apa lagi la kawan aku nak buat nie . tak kesa lagi sebab tak tau . bila kete da park . aku tanye :

aku : ko nak bawak aku g mana nie?
die : ala dengan talk . pasal perniagaan lam pendidikan.
aku : amende ? sape yang cakap ?
die : ala , t ko denga la sendiri .
aku : yela (dalam ati : aku nak g tempat lain) 

sampai bangunan yang dituju kami mendaki tangga ke tingkat 2 . dalam satu bilik tu ramai sangat golongan muda mudi belia ini . dan golongan pertengahan adalah segelintir . semacam ceramah bulan dan dacing pon ada . :) rupanya rupanya itu pogram score A . pergh ! panas seyh dalam hati aku . ingatkan apa . *****!! nie malam siang la nie a.k.a mlm . multilevel marketing . terpaksa aku denga . pang pom pang pom 2 owang penceramah tu cakap . satu pon aku tak amek kesa . aku kesa pwot aku lapa . tapi sayang . sume owang tak tau . mata berat telinga tuli kan pewot di tahankan . seksa owh ! start lam kol 4 ptg abes kol 5.30 . wah . sedap la da abes .boleh g makan . aku kegembiraan . tibe tibe kawan ajak g tingkat 5 . aku cakap . apa lagi yang tak abes nye ?? aku lapa la . haish ! masok lam satu bilik atau cam opis la . pergh ! memang ramai la owang . pack giler ! aku da serabut . hati da berbulu bengkak je nie . tapi aku layankan kawan aku je . aku takdak hai kalau kawan punyer pasal an . 

masok satu bilik nie . en .abd aziz tak silap aku yang bagi penerangan lagi pasal score A nie . pergh ! muka aku memang tak leh nak cakap apa la . mencuka . monyok . sembab . dan tak berminat langsung . ko cakap la duit berjuta juta . pang pom pang pom pon . aku wat bodo je . aku memang tak amek port la . bukan darah aku jiwa aku nak mlm nie . biarlah kesederhanaan ini kekal . aku tak kesa pon . pas kua dari bilik tu . kawan aku tanya apa respon ko? apa pendapat ko ? aku padat , ringkas , confident jawab NTAH ! dari tadi tak kan tak dapat pon . NTAH ! again . kan aku da cakap aku tak minat , malas , argh ! bukan jiwa aku la . ko salah owang ajak aku denga bende alah nie la . ko takkan taknak rebut PELUANG nie . taknak ! takpe takpe ko jumpe fad . kawan aku . kire die terer la . pendapatan pon da cecah 5 angka . emm . ok . (terpaksa , paksa rela )

aku tak heran la . !


fad : assalamualaikum . fad
aku : waalaikumsalam . fatin . maktab . kos pj .
fad : owh . kenal la ***** budak tesl . pakwe die dak pj . ****
aku : kenal la . satu batch.
fad : apa yang fatin rasa ? boleh promote kat maktab .
aku : NTAH . maktab tak bagi join mlm nie . lagi lagi SCORE A ! (dengan bangga aku jawab)
fad : owh ,yeke . masok jela . wat diam diam .
aku : mulut owg . mane leh tutup . kantoi jugak . ada ke owg senang ngan kekayaan owg len??? (sedas aku bagi)
fad : tapi maktab kawan  kat perlis tu buat da kaya da . die wat kat maktab die je . 
aku : itu maktab die . len tempat len peraturan . (sedas lagi)
fad : tak nak rebut PELUANG depan mata nie ? tak kan nak makan gaji je bila da keje t .
aku : tak kesa . asal HALAL dan REZKI tu ada . bersyukur da .
fad : nape? bende nie tak halal ke?
aku : bukan tak halal . tak maksud pon camtu . cuma da besyukur da dapat keje dan gaji yang halal t .
fad : memang tak beminat la nie?
aku : haah ! tak minat .

mata aku tak de macam nie pon $$$$$ !


fad salam aku then die twos blah . aku bukan mata duitan yang nak kan kekayaan sangat . aku suke kesederhanaan aku ini . tak perlu duit berjuta juta lemon . tapi hati tak tenang . lupa Tuhan . argh ! aku tak suke . ALHAMDULILLAH da sekarang . biar la owg cakap 'miskin kota ' or wat eva . yang penting aku tak ganggu n nyusahkan idop owg . ada aku minta dwet kowg ke ?? 

pada aku . aku suke macam nie . tak mampu nak bagi lebih . bagi yang termampu kita je pada parents kite . mereka pon lebih menghargai pemberian kita tu . aku cakap ngan kawan aku . aku memang mintak maaf . ko salah owg ajak aku g tempat nie . denga bende alah nie . n aku tak kan masok walaupun ko paksa aku . tapi aku sebagai kawan aku doakan ko berjaya . dan sokong ko . tu je aku mampu . tapi aku tak kan masok . die pon cakap . tak pe tin . aku paham . tak kan pasal bende nie tak kawan lak an . aku cakap . masing masing ada pendapat masing masing . keinginan masing masing . mungkin ko nak kan sesuatu . tu yang ko join . aku setakat nie alhamdulillah . leh survive lagi . fyi , ramai graduan dari UTP dan sebaginya . da jadi jutawan . "saya da berjaya . anda bila lagi ??" HAHAHA .:D


p/s : aku adalah aku . :) . tak perlu dwet yang banyak . aku hanya mahu kan redha Allah dan ibu bapa sahaja .:) 



Friday, April 1, 2011

kesudahan yang tak sudah

menulis tanpa kata dan hanya lahir mengikut naluri hati. hati berkata tetapi hanya kita sahaja yang mampu memahaminya. kadang tersilap tafsir dek perasaan yang tidak menentu . kadang ramalannya tepat dan berlaku . yang dikatakan kebetulan . tidak semua yang diidamkan akan dapat . berubah kerna sesuatu atau terpaksa berubah kerana melihat orang lain berubah? berubah kerana kesedaran diri sendiri akan berkekalan tetapi berubah kerana orang mustahil segala kesalahan yang dilakukan akan diulangi . menulis tanpa arah tujuan seperti debu yang bertebangan menikut arah angin meniup . sekejap ke barat sekejap ke timur . tidak menentu tiap masa . seperti juga aku . kadang kala mencari identiti diri yang selama ini ku cari . kerana diri sendiri akan membuat keputusan seperti apa yang kita mahu . hati kosong . fikiran kosong . kadang seperti hati batu kerana tidak mempunyai perasaan simpati atau sebaliknya . tetapi apa yang terjadi akan membuatkan seseorang itu belajar dari kesilapan yang dilakukan . memberi dan menerima amat sinonim dengan diri yang bergelar manusia . juga seperti pepatah arab 'tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah' . mengikut situasi apabila sesuatu pepatah itu hendak digunakan . seperti aku yang tidak tahu apa yang sedang aku lalui sekarang . melihat keadaan sekeliling penuh gelak tawa . aku terhibur . kadang dalam hati aku hanya memendam seorang diri . silence is the best medicine . aku senyap sehingga aku tak mampu mentafsir perasaanku sendiri . aku hanya memastikan kawan di sekelilingku akan gembira kerana pada aku . perasaan ini akan hilang dengan sendirinya . walaupun kadang kala amat memeritkan untuk aku menelan . orang memandang aku seorang yang happy go lucky . dan aku akan memastikan sikap itu tidak akan hilang pada aku . kadang kala merasa sunyi dan kadang kala sedih . tetapi aku sudah lali dengan semua itu . dan ku berharap agar Allah sentiasa mendengar doa ku bisik hatiku ketika bersujud kepadaNya . aku yakin suatu hari nanti . pasti ada jawapan di sebalik apa yang terjadi . dan alhamdulillah . aku semakin tabah untuk melangkah ke hadapan . terima kasih Ya Allah ! semoga diri ini terus kuat . 

p/s : maaf . tulis tanpa arah tujuan . kerana rasa yang ku rasakan tidak dapat di tafsirkan. sekian.