assalamualaikum dan salam sejahtera . tajuk kali ini aku nak kupas sikit pasal mind set atau stereotaip atau labelan pemikiran terhadap seseorang / sesuatu puak ataupun kepada sesiapa sahaja . mind set nie kadang kadang menjatuhkan seseorang . mengaibkan seseorang . dan memang fitnah percuma kepada pesalah nye . cuba kalau benda tu terjadi kita positif sahaja . xboleh ? jangan buat anggapan atau andaian sesedap hati kita sahaja . bila positif xla kita dapat dosa kan , dan xla kita nak pikir lagi benda tu sampai melalut lalut . kadang kadang sampai xmasuk akal , xlogik . sigh -_- . fenomena nie acap kali terjadi , lumrah manusia kan . fitrah la yang baik semua diri dia , yang xbaik semua orang lain . tapi kita kene ingat jugak , yang baik tula kene berjaga jaga , sebab kadang kadang makan tuan ! bahaya . macam bela saka laaa . hahah .
stereotaip yang pernah berlaku kat sekeliling aku :
- 'alah dia pergi masjid sebab benda nie wajib terpaksa pergi . takut nanti kene denda ' = pada aku biarlah dia nak pergi masjid . mana tau daripada terpaksa jadi kebiasaan . dan adalah inisiatif dia nak pergi daripada kau yang tau cakap . xpergi . mengumpat pulak tu . apa yang kau dapat ?? pahala ? cermin diri tu dulu .
- 'alah , budak budak tu memang macam tu . bukan pandai agama sangat ' = sekurang kurang nye diorang xbuat jahat dalam kawasan die belajar . die still hormat nama tempat die belajar . kau ? kalau arif sangat bidang agama nie , ajak la kawan kawan kau tu . jangan pandai cakap je . jangan harapkan orang lain nak tegur diorang .
- 'kurus la die sekarang . mesti diet kan , nak jadi hot ' = kau tau ke kalau kalau die ada masalah ?? die xde duit ke . keluarga guna duit die ke . mana kau tau kan . jadi xperlu la nak cakap macam tu .
- 'die anti kerajaan , sebab tu cakap macam tu = pada aku semua orang berhak nak buat pemilihan masing masing . cuma hormat jela pandangan dan pendapat orang . kita xperlu gadoh kalau isu tu kecik je . sebab nak tau kesahihannye susah . masing masing ada kelebihan , ada keistimewaan . jadi apa pilihan kau ? diam dan pilih . :)
- 'bila ada masalah bagus sangat la xkongsi ' = mana tau die xselesa dan xbersedia nak cerita masalah tu pada semua orang . dan mungkin die xselesa nak kongsi dengan kau , tu die xkongsi . kau tu patut cermin diri kau . muhasabah balik . haha . kadang masa , tempat xkene . tu orang xciter . kadang ada jenis orang xsuka kongsi dengan orang lain sebab die tau die kuat . dan xsuka susah kan orang lain . jangan kita paksa die cerita , lagi parah jawab nye nanti .
nie antara nye jela . aku post pon sebab dapat ilham masa maghrib tadi . hehe . nie xde kene mengena dengan mana mana pihak tau . sekadar pandangan aku . jangan tersalah tafsir pula :)
mood : opick - pewaris syurga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.