Wednesday, July 25, 2012
Thursday, July 5, 2012
bahagia
kita berhajat kepada jiwa yang bahagia, damai dan gembira. Maka kita mencarinya. Adakah kita berhasil memilikinya? Jika tidak, di mana silapnya? Jika berhasil, adakah yang ditemui itu benar-benar bahagia yang berkekalan, ataupun sekadar buat suatu waktu yang amat sekejap?
![]() |
starting from now on :) |
Rasulullah s.a.w. mengajar kita ummatnya, bahawa antara perkara yang padanya hati dan hidup menemui kedamaian yang tulen, ialah solat.
Sabda Rasulullah : “Dijadikan penyejuk mataku di dalam solat.” (Riwayat Ahmad dan An-Nasaai). Penyejuk mata bermaksud perkara yang menggembirakan hati, juga suatu nikmat ketenangan.
Firman Allah Ta’ala: Ketahuilah dengan zikrullah (mengingati Allah) itu, tenang tenteramlah hati (manusia). (Ar-Ra’d: 28).
![]() |
semoga Allah memberikan kita ketetapan hati untuk beribadah kepada-Nya |
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan terawal yang seseorang itu dihisab dengannya ialah solatnya, maka jikalau baik solatnya itu, sungguh-sungguh berbahagialah dan beruntunglah dia dan jikalau rosak, sungguh-sungguh menyesal dan rugilah dia. Jikalau seseorang itu ada kekurangan dari sesuatu amalan wajibnya, maka Tuhan Azzawajalla berfirman: "Periksalah olehmu semua - hai malaikat, apakah hambaKu itu mempunyai amalan yang sunnah." Maka dengan amalan yang sunnah itulah ditutupnya kekurangan amalan wajibnya, kemudian cara memperhitungkan amalan-amalan lainnya itupun seperti cara memperhitungkan amalan solat ini." (Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.)[ii]
![]() |
jom menghapuskan dosa dan tingkatkan pahala kita :) |
mood : sebelum menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, jom persiapkan diri kita agar Ramadhan kali ini kita mendapat kenikmatan, keredhaan , keberkatan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T .
Monday, July 2, 2012
mind set . pemikiran .
assalamualaikum dan salam sejahtera . tajuk kali ini aku nak kupas sikit pasal mind set atau stereotaip atau labelan pemikiran terhadap seseorang / sesuatu puak ataupun kepada sesiapa sahaja . mind set nie kadang kadang menjatuhkan seseorang . mengaibkan seseorang . dan memang fitnah percuma kepada pesalah nye . cuba kalau benda tu terjadi kita positif sahaja . xboleh ? jangan buat anggapan atau andaian sesedap hati kita sahaja . bila positif xla kita dapat dosa kan , dan xla kita nak pikir lagi benda tu sampai melalut lalut . kadang kadang sampai xmasuk akal , xlogik . sigh -_- . fenomena nie acap kali terjadi , lumrah manusia kan . fitrah la yang baik semua diri dia , yang xbaik semua orang lain . tapi kita kene ingat jugak , yang baik tula kene berjaga jaga , sebab kadang kadang makan tuan ! bahaya . macam bela saka laaa . hahah .
stereotaip yang pernah berlaku kat sekeliling aku :
- 'alah dia pergi masjid sebab benda nie wajib terpaksa pergi . takut nanti kene denda ' = pada aku biarlah dia nak pergi masjid . mana tau daripada terpaksa jadi kebiasaan . dan adalah inisiatif dia nak pergi daripada kau yang tau cakap . xpergi . mengumpat pulak tu . apa yang kau dapat ?? pahala ? cermin diri tu dulu .
- 'alah , budak budak tu memang macam tu . bukan pandai agama sangat ' = sekurang kurang nye diorang xbuat jahat dalam kawasan die belajar . die still hormat nama tempat die belajar . kau ? kalau arif sangat bidang agama nie , ajak la kawan kawan kau tu . jangan pandai cakap je . jangan harapkan orang lain nak tegur diorang .
- 'kurus la die sekarang . mesti diet kan , nak jadi hot ' = kau tau ke kalau kalau die ada masalah ?? die xde duit ke . keluarga guna duit die ke . mana kau tau kan . jadi xperlu la nak cakap macam tu .
- 'die anti kerajaan , sebab tu cakap macam tu = pada aku semua orang berhak nak buat pemilihan masing masing . cuma hormat jela pandangan dan pendapat orang . kita xperlu gadoh kalau isu tu kecik je . sebab nak tau kesahihannye susah . masing masing ada kelebihan , ada keistimewaan . jadi apa pilihan kau ? diam dan pilih . :)
- 'bila ada masalah bagus sangat la xkongsi ' = mana tau die xselesa dan xbersedia nak cerita masalah tu pada semua orang . dan mungkin die xselesa nak kongsi dengan kau , tu die xkongsi . kau tu patut cermin diri kau . muhasabah balik . haha . kadang masa , tempat xkene . tu orang xciter . kadang ada jenis orang xsuka kongsi dengan orang lain sebab die tau die kuat . dan xsuka susah kan orang lain . jangan kita paksa die cerita , lagi parah jawab nye nanti .
nie antara nye jela . aku post pon sebab dapat ilham masa maghrib tadi . hehe . nie xde kene mengena dengan mana mana pihak tau . sekadar pandangan aku . jangan tersalah tafsir pula :)
mood : opick - pewaris syurga
Subscribe to:
Posts (Atom)