Thursday, October 11, 2012

parents

assalamualaikum dan salam sejahtera. alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan islam dan masih mampu bernafas di atas muka bumi ini untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. entry kali nie pasal ibu bapa. kita sebenarnya tau apa yang boleh mendatangkan dosa kepada kita apabila kita tak dengar , tak ikut arahan mereka. alang perkataan 'ah' sekalipun da berdosa. apatah lagi kalau kita meninggikan suara kepada mereka. tetapi jiwa muda sering memberontak, pantang keputusan serta permintaannya tidak dipenuhi dan dipersetujui, pasti akan menimbulkan ketegangan antara ibu bapa dan si anak. 
Sebagai seorang anak kita mempunyai satu tanggungjawab iaitu menjaga ibu bapa kita apabila mereka sudah tidak mempunyai kudrat. Ketahui apakah hukum menjaga ibu bapa.
Hukum Menjaga Ibu Bapa | Apabila kita meningkat dewasa, sudah berpendidikan malah sudah mempunyai kelaurga sendiri, adakalanya kita lupa akan tanggungjawab untuk menjaga kedua-dua ibu bapa kita. Sejak kecil, mereka tidak pernah merungut untuk membesarkan kita, tetapi terdapat anak-anak pada hari ini sanggup membiarkan ibu bapa mereka terkontang-kanting di kampung. Sebagai anak yang baik, kita perlulah menjaga ibu bapa apabila sampainya tanggungjawab itu. Jom ketahui apakah persoalan mengenai hukum menjaga ibu bapa.


Hukumannya adalah berdosa samada anak lelaki atau perempuan yang tidak mahu bertanggungjawab menjaga kedua ibubapanya lebih-lebih lagi dihantar ke rumah kebajikan. Tindakan yang wajib diambil terhadap isterinya ialah menasihati dan mendidik isteri dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam, akhlak yang mulia dan budipekerti yang tinggi.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa, jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pekiharaanmu, maka janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia”
(Surah Al- Isra’-ayat 23)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Keredhaan Allah s.w.t terletak pada redha kedua ibubapa”
(Riwayat Muslim)

ayuh kawan-kawan janganlah kita tergolong dengan golongan yang di atas . sesungguhnya nerakalah tempat kita . ibu bapa anda adalah harga yang paling bernilai buat diri anda dan merupakan tiket ke syurga kelak . sayangi mereka seperti mereka menyayagi kita semenjak kecil. 

mood : final sudah mula menghampiri. tapi masih tak study . huhu 

Friday, September 7, 2012

manusia . berjanji , bercakap memang senang . tapi untuk laksanakannya , berapa ramai yang mampu ?? aku ? ye kadang kala juga aku begitu . tetapi aku tidak akan berjanji jika aku tau aku xmampu nak tunaikannya . ye sebab aku takut bila aku berjanji , aku akan memberi pengharapan kepada orang . dan bila aku tak dapat tunaikannya , aku telah menghancurkan hati dan perasaan orang lain . dan kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang . mana tau umur kita xpanjang , kita tak dapat tunaikannya .  sebab berjanji juga orang akan ingat janji kita , dan bila kita tak tepati janji kita , orang akan ungkit janji kita tu sampai bila bila . ye , manusia tidak sempurna , dan aku akui tu . tapi kita boleh menjadi yang terbaik untuk diri kita sendiri . kadang kadang aku pelik bila manusia mudah untuk melafazkan janji janji manis , sedangkan pada hakikatnya , memang mustahil untuk ditunaikan . maaf bila aku lambat atau tidak memberi respon bila ia berkaitan dengan janji kerana aku memerlukan masa utntuk memikirkannya . 

mood : peluang kedua atau keberapa ye ? aku juga masih buntu . tapi Allah akan memberi yang terbaik buat diriku . insyaallah :)

Thursday, August 30, 2012

raya two o twelve

alhamdulillah . selepas sebulan berpuasa dengan jaya nye . syawal pula dirai dengan gembira . dalam kesederhanaan ada terpalit kesyukuran . dalam kesyukuran terpalit 1000 satu kenagan . dalam 1000 satu kenangan terpalit suka duka kehidupan . lumrah hidup kita sebagai manusia . 

tahun nie tema kelabu . itu yang mendung je cuaca nye . sampai salam salam pon buat lepas asar . masuk maghrib baru tamat sesi bermaafan . rare ! ok , tengok jela . tak mampu nak bercerita lanjut .







ok , itu sahaja dari saya . terima kasih . tahun depan tema warna pink . tunggu jela pink panther, hello kitty, power ranges pink, the pinky and the brain dan macam macam lagi akan muncul yeeee . keh3


mood : asaimen melanda . tetapi masih tetap bersahaja . cool and chill . :)




Wednesday, August 8, 2012

iftar mereka

assalamualaikum dan salam ramadhan . selamat meneruskan ibadah puasa yang tinggal beberapa hari saja lagi kepada anda semua . dan sememangnya semua akan mengejar malam lailatur qadar di mana amalan bersamaan dengan malam seribu bulan yang mempunyai berkat serta manfaat yang besar kepada sesiapa yang mengejarnya . semoga kita sama sama mendapat kekuatan untuk beribadah kepada Nya . amin .

ok , iftar tahun ini dua kali dalam seminggu dan malam berturut-turut . tempat pertama kat ukm puri pujangga . standard tempat macam hotel 3 bintang laaa . tiptop condition . :) standard dengan harga jugak la kan RM45 seorang . banyak pilihan jugak laa . kambing bakar , ikan bakar , mee , nasi , satay , kebab , desert , buah-buahan , cendol , abc , air panas , kuih-muih , dan macam macam . tempat solat juga selesa . memang puas hati laa . xrugi kalau nak cuba merasa . hehe . aku pon xtau macam mana tempat tu menjadi pilihan kami . sebab nak perubahan kot . tak nak try stemaboat je kate nye . 3 buah kete je pergi . hampir separuh kelas jugak pergi . makan sampai pukul 10 . dan kami orang terakhir yang keluar dari tempat tu . itu biasa laa . habit ! 



decoration ok . cantik . lagu raya memanjang je . memang seronok .



ok itu sahaja di puri pujangga . nice place , once broken , consider sold . hahah

ok , tempat iftar kedua pula di dataran masjid putrajaya . bukan masjid besi . macam tak jadi , tiba tiba jadi . memang gedik . tapi ok laa . walaupun sikit je yang dapat datang iftar bersama . sebab tiba tiba je announce kat kelas pasal plan nie . kira macam pengalaman baru jugak laa . seronok buka kat dataran masjid nie . ramai yang buka kat situ . suasana die lebih nyaman dan damai . masjid la kate kan . hahah . 


semua orang buka kat tiang tiang . aku sampai , terus bentang surat khabar atas rumput . haa . lagi selesa . kalau imam , ke bilal keluar , halau , baru pindah tempat . haha . 


seronok sebab lepas buka terus boleh terawih . haaa , itu la kelebihannya . :) lepas terawih moreh makanan yang beli lebih masa buka tu . jadi , takda pembaziran kan . haa , nampak kan ? alhmdulillah , kat mana pun kita buka puasa , makan apa . yang penting jangan membazir .  :) 



mood : nak pbs , seronok seminggu terakhir ramadhan kat rumah . dapat laa tolong persiapan kat rumah . esok bangi - shah alam - jb .






Thursday, July 26, 2012

Thursday, July 5, 2012

bahagia

kita berhajat kepada jiwa yang bahagia, damai dan gembira. Maka kita mencarinya. Adakah kita berhasil memilikinya? Jika tidak, di mana silapnya? Jika berhasil, adakah yang ditemui itu benar-benar bahagia yang berkekalan, ataupun sekadar buat suatu waktu yang amat sekejap?


starting from now on :)



Rasulullah s.a.w. mengajar kita ummatnya, bahawa antara perkara yang padanya hati dan hidup menemui kedamaian yang tulen, ialah solat. 

Sabda Rasulullah : “Dijadikan penyejuk mataku di dalam solat.” (Riwayat Ahmad dan An-Nasaai). Penyejuk mata bermaksud perkara yang menggembirakan hati, juga suatu nikmat ketenangan.

Firman Allah Ta’alaKetahuilah dengan zikrullah (mengingati Allah) itu, tenang tenteramlah hati (manusia). (Ar-Ra’d: 28). 

semoga Allah memberikan kita ketetapan hati untuk beribadah kepada-Nya
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Sesungguhnya amalan terawal yang seseorang itu dihisab dengannya ialah solatnya, maka jikalau baik solatnya itu, sungguh-sungguh berbahagialah dan beruntunglah dia dan jikalau rosak, sungguh-sungguh menyesal dan rugilah dia. Jikalau seseorang itu ada kekurangan dari sesuatu amalan wajibnya, maka Tuhan Azzawajalla berfirman: "Periksalah olehmu semua - hai malaikat, apakah hambaKu itu mempunyai amalan yang sunnah." Maka dengan amalan yang sunnah itulah ditutupnya kekurangan amalan wajibnya, kemudian cara memperhitungkan amalan-amalan lainnya itupun seperti cara memperhitungkan amalan solat ini." (Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.)[ii]

jom menghapuskan dosa dan tingkatkan pahala kita :)

mood : sebelum menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, jom persiapkan diri kita agar Ramadhan kali ini kita mendapat kenikmatan, keredhaan , keberkatan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T .

Monday, July 2, 2012

mind set . pemikiran .

assalamualaikum dan salam sejahtera . tajuk kali ini aku nak kupas sikit pasal mind set atau stereotaip atau labelan pemikiran terhadap seseorang / sesuatu puak ataupun kepada sesiapa sahaja . mind set nie kadang kadang menjatuhkan seseorang . mengaibkan seseorang . dan memang fitnah percuma kepada pesalah nye . cuba kalau benda tu terjadi kita positif sahaja . xboleh ? jangan buat anggapan atau andaian sesedap hati kita sahaja . bila positif xla kita dapat dosa kan , dan xla kita nak pikir lagi benda tu sampai melalut lalut . kadang kadang sampai xmasuk akal , xlogik . sigh -_- . fenomena nie acap kali terjadi , lumrah manusia kan . fitrah la yang baik semua diri dia , yang xbaik semua orang lain . tapi kita kene ingat jugak , yang baik tula kene berjaga jaga , sebab kadang kadang makan tuan ! bahaya . macam bela saka laaa . hahah . 

stereotaip yang pernah berlaku kat sekeliling aku :


  1. 'alah dia pergi masjid sebab benda nie wajib terpaksa pergi . takut nanti kene denda '  = pada aku biarlah dia nak pergi masjid . mana tau daripada terpaksa jadi kebiasaan . dan adalah inisiatif dia nak pergi daripada kau yang tau cakap . xpergi . mengumpat pulak tu . apa yang kau dapat ?? pahala ? cermin diri tu dulu . 
  2. 'alah , budak budak tu memang macam tu . bukan pandai agama sangat ' = sekurang kurang nye diorang xbuat jahat dalam kawasan die belajar . die still hormat nama tempat die belajar . kau ? kalau arif sangat bidang agama nie , ajak la kawan kawan kau tu . jangan pandai cakap je . jangan harapkan orang lain nak tegur diorang .
  3. 'kurus la die sekarang . mesti diet kan , nak jadi hot ' = kau tau ke kalau kalau die ada masalah ?? die xde duit ke . keluarga guna duit die ke . mana kau tau kan . jadi xperlu la nak cakap macam tu . 
  4. 'die anti kerajaan , sebab tu cakap macam tu = pada aku semua orang berhak nak buat pemilihan masing masing . cuma hormat jela pandangan dan pendapat orang . kita xperlu gadoh kalau isu tu kecik je . sebab nak tau kesahihannye susah . masing masing ada kelebihan , ada keistimewaan . jadi apa pilihan kau ? diam dan pilih . :)
  5. 'bila ada masalah bagus sangat la xkongsi ' = mana tau die xselesa dan xbersedia nak cerita masalah tu pada semua orang . dan mungkin die xselesa nak kongsi dengan kau , tu die xkongsi . kau tu patut cermin diri kau . muhasabah balik . haha . kadang masa , tempat xkene . tu orang xciter . kadang ada jenis orang xsuka kongsi dengan orang lain sebab die tau die kuat . dan xsuka susah kan orang lain . jangan kita paksa die cerita , lagi parah jawab nye nanti .

nie antara nye jela . aku post pon sebab dapat ilham masa maghrib tadi . hehe . nie xde kene mengena dengan mana mana pihak tau . sekadar pandangan aku . jangan tersalah tafsir pula :)

mood : opick - pewaris syurga 

Sunday, July 1, 2012


mood : nada deringan telefon bimbit aku sekarang . enjoy it ! and forza azzuri :) selamat beli jersey itali masa ke padang besar haritu . ada luck ! hehe

Saturday, June 30, 2012

kau pernah rasa apabila pengharapan yang sangat tinggi tiba tiba hancur macam tu je ?? macam batu jatuh hempap atas dada kau . atau kau lemas dalam kolam renang. sesak nafas . sedih . kecewa . giler kecewa laaa . tapi tu semua kesalahan teknikal , diluar jangkauan manusia . dan aku tak menyalahkan sesiapa . cuma aku terdesak , sebab tu jadi macam nie . argh . 
astagfirullahalazim .  Ya Allah lembutkanlah hati hambamu ini . jauhkanlah dari sifat amarah dan sifat yang tercela . AMIN . 
ye aku masih menangisinye lagi , harap maklum .

p/s : hormat pendapat dan pilihan orang lain . xsalah kan . semua orang ada hak masing masing . 

Thursday, June 21, 2012

soseh soseh

assalamualaikum dan salam sejahtera . alhamdulillah , diri ini masih bernafas untuk meneruskan semester baru dan menenmpuhi segala cabaran yang bakal tiba .

alhamdulillah , selamat pergi dan selamat balik daripada KAGUM 12' yang telah diadakan di perlis . pengalaman kat sana memang manis . macam macam gelagat manusia ada . ini pun first time aku masuk . tapi nasib tidak menyebelahi . huhu . tapi pengalaman inilah yang ingin ku kutip sebanyak mungkin bila bergelar pelajar . tapi masa otw nak balik maktab tu , satu kejadian telah berlaku . tayar bas meletop baq ang . tinggal rim je . tayar masuk bawah bas . macam naik kapal terbang da rasa time tu . alhamdulillah , driver tak panik dan kteowang pun xmenjerit jerit . syukur , semua selamat . tapi yang best nye , duduk kat tepi highway lebih kurang 2 jam jugak la . dari 6.30 sampai 9.30 tercongok kat tepi highway . tula , selalu tengok orang tepi jalan dengan bas je kan . sekarang aku pulak yang alami nye . aish , memang kenangan laaa . susa nak dapat kat kedai acik kiah dan pak mail. sampai maktab dalam pukul 12 malam . alhamdulillah , kedudukan maktab aku pun xla corot sangat , sebab kami dapat satu emas :) teheeee . din yang dapat untuk lompat tinggi . cayalah ! maknya nye kedudukan maktab aku tempat ke 11 daripada 27 buah ipg lain . hebat bukan ? haha . lagipun dapat kenal banyak orang . bukan pensyarah saje , maktab lain juga . aku jumpa junior aku juga . cis , kenal pula mereka ye -_- sebab aku nie bukan femes sangat pun masa sekolah dulu . biasa je . alhamdulillah , ada juga yang kenal . hehe  

alhamdulillah , semester baru nie banyak belajar dalam kelas . so , jadi pasig sikit la . permainan pun bola tampar dengan bola baling . jadual da dapat . kelas pun da stat . rutin yang sama juga akan berulang . jadi apa yang aku tak dapat nak achieve masa sem lepas , aku achieve sem nie . apa yang aku nak achieve kan sangat tu ?? haha . aku pun xtau . sedap cakap je nie . 

ok, lah tengok la sikit gambar kagum kami ea . 

wirawati kottt . keh3

masa perasmian
kagum pun ada jugak kat padang besar dengan gua kelam . hehe
din yang menang emas tuuu .



quartet tet tet dengan timbalan pengarah

quartet 4by4



alhamdulillah , semuanye berakhir dengan baik dan selamat . itu yang paling penting . dan tiada berlaku rusuhan atau demonstrasi haram kat sana . haha .

Monday, June 4, 2012

bermimpi

assalamualaikum dan salam bersalaman . selamat malam , pagi dan petang . hey , saya da kat maktab . maaf , boshan . hey ini via tab tau . ok , tapi pinjam je . xmampu nak beli . xkaya . tapi berduit . haha . ok , nak tido . saje nk rasa tulis dari tab . keh3 .  penat nak menekan sebutir sebutir huruf nye .

mood : misi menurunkan berat badan hoyeah !




Thursday, May 31, 2012

sayang !

aku juga sentiasa berharap
enjoy this video


mood : I LOVE ALLAH ! berharap pada Allah sahaja yang mendapat ganjaran yang baik . bukan pada manusia , yang hanya pandai berkata kata . :) salam jumaat 

Tuesday, May 29, 2012

wordless wednesday


kenangan semalam

assalamualaikum dan salam sejahtera . berdasarkan tajuk di atas , anda dikehendaki membuat satu karangan yang tidak melebihi 1000 patah perkataan . aha ! macam soalan periksa la cikgu . memang aku cikgu pon . hek3 . jadi anak murid ini tugasan waktu cuti kamu semua . hari isnin hantar pada saya tepat jam 9 pagi . harap maklum .

*****

amboiiii , da tak sabar ke nak jadi cikgu kak oii ?? haha . ada saki baki bape sem lagi nak habiskan . sabar la dulu . rilekkk ~ xla , akak practise nak g praktikum lagi . heheh . ok , tajuk kat atas tu ada maksud tersendiri . meh sini kupasi . sebab bukan semalam je ada kenangan , hari hari ada kenangan nye tersendiri . betul kan ??

*****

peristiwa 1

aku dan mama pergi menempah baju raya . tapi bukan baju mama , baju aku , sebab tiba tiba gatal nak merasa baju moden  moden kan , tu kene amek ukuran . kalau baju kurung biasa , mama da ada contoh . takpelah , saje nak buat perubahan sikit . keh3 . ntah menjadi ke tidak kan . masa nak ukur baju tu , acik tailor tu boleh cakap , cikgu , anak cikgu macam muka orang kemboja laa . sigh ! mana datang kemboja kat muka aku nie . aku senyap , pandang tempat lain . malu -_- . acik tailor tu cakap mata sepet sepet . betul la macam muka orang kemboja . haha . yela makcik cepat ukur baju tu , saya da malu da nie . telinga saya da berasap da . hahah . kira ok la , upah jahit nye rm 45 je . insyaallah kalau da siap aku kasi upload kat sini .

peristiwa 2 

lepas makan tengahari yang sangat best dan kiranya makan besar jugak la . sebab menu nye ada berbagai . ada siakap 3 rasa , siakap kukus , kangkung belacan , sotong goreng tepung , salad buah buahan dan air . banyak bukan ?? aku da cakap tadi kan . haha . lepas makan , pergi main boling dengan angkatan anak pojen dan acik ita kat daiman . main 3 frame . aku paling rendah sekali . tapi setiap game ada peningkatan jumlah jatuhan pin tu . masa ada lagi dan rasa tidak berpuas hati serta rasa membuak buak untuk fight menguasai diri masing masing . lantas , kami menyambung satu game lagi . yes , aku berjaya memenangi set game yang terakhir dengan 145 jatuhan pin . hahah . aku terer ! saya menang moto ! 

peristiwa 3

habis main boling amek ayah . ontheway balik rumah kami telah berlanggar dengan kereta . ye EXCIDENT ! dekat simpang . kereta tu main keluar je . alhamdulillah , kami selamat . cuma kereta kemek kat bahagian depan je . plat tertanggal dengan lambang proton tertanggal . kesan drag brek panjang la jugak . aku pon masih terngiang ngiang lagi bunyi brek tu . 

peristiwa 4 

cek insurans kereta , rupanya da mati . dari bulan 3 lagi . roadtax da bulan mati . ya Allah , semua boleh tak perasan raodtax da mati . emm , da susah nak dapat cover insurans , insurans da mati . kawan ayah cakap xpe , yang penting buat report dulu .  

peristiwa 5 

settle buat report semua balik rumah makan . perot yang dibiarkan kosong , akan masuk angin . jadi sebelum angin itu masuk ke dalam perut kita , baik kita isikan dulu dengan makanan . dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim . aku mencekik dominos pizza . ye , menu malam ialah dominos pizza . 1 large , 2 regular and 1 personel pizza . banyak kannnn . hahaha . nak menggembirakan hati yang duka tadi tu . yela , kenyang perut kan suka hati . da kenyang mengantuk , jadi boleh tidur dengan nyaman nye . hek3 .


mood : sudah jatuh ditimpa tangga , tapi kalau tangga tu ganti dengan eskulator , mau xpenyek kepala kan . jadi tangga tu xla besar mana . semua yang terjadi ada hikmah nye , kan ? hehe 

Monday, May 28, 2012

kawan - rakan - sahabat

a quick post for today . mengikut tajuk di atas , sememangnye aku ingin bercerita atau mengomel . atau membebel atau memberikan pendapat aku tentang tajuk ini . pada pandangan saya , tajuk ini sangat best la . MUNGKIN . 


*****
aku ada kawan . aku ada , kau mesti ada kan ?? aku xtamak nak ada sorang . keh3 . sebenarnye xde niat pon nak update blog pada hari ini . tetapi tiba tiba aku mencapai laptop dan terus menaip untuk mengulas tajuk ini . pada aku , dalam dunia nie xde yang keseorangan , mesti ada kawan . kawan masa tadika , ngaji , sekolah rendah . menengah , kolej , universiti dan sampai ke tahap atas laaaa . besan mungkin ?? akan difikirkan kemudian . :)

*****
sebenarnye aku xpandai nak cakap pasal kawan nie . sebab aku pon xarif sangat sebab aku fatin , bukan arif .  dan aku pon xsempurna nak ulaskan hal nie , sebab aku memang macam buat buat xpandai . haha . maaf ye . bagi aku , kalau kau nak kawan baik , xtikam belakang kau , cakap buruk pasal kau . kau sendiri jangan cakap macam tu pasal kawan kau . sebab kalau 1 jari kau tunjuk kat orang , kau kene ingat 4 lagi jari tu kat kau . lain la kalau kau tunjuk orang tu guna 5 jari kau kan . tapi pelik , aku xpernah tengok orang buat macam tu . -_- 

*****
kalau bab gosip liar , gosip menggosip .  aku xberminat sangat kalau bende tu aku xamek port langsung , yang xde kene mengena dengan hidup aku dan xmengganggu hidup aku , makan minum aku , tidur aku . hehe . xmenguntungkan aku dan xberfaedah pada aku . kita jangan sibuk hal orang , diri kita nie kene perbetolkan dulu . nie diri sendiri pon tunggang langgang , amalan nye entah ke mana . lagi mau cakap orang ?? hey , cermin diri dulu laaa . kita cakap memang sedap , senang . cuba buat tengok . mungkin kalau seseorang tu buat sesuatu ada sebab nye , alasan nye tersendiri . kita mana tahu kan ? yela , apa yang zahir je kita nampak , tapi sebaliknye kita xnampak . jangan senang senang cari dosa akak abang . aha ~ :P . aku pon sedar diri banyak dosa , tapi xperlulah nak show off kau nak tambah dosa . kalau xde kawan nak bergosip tu , hentikan la niat tu . sebab mana tahu orang lain da bertaubat . 

*****
aku rasa cukup da la tu aku membebel . penat da nak menaip sebenarnye . keh3 . aku sebenarnye menulis post nie untuk peringatan diri aku yang sering alpa dan lalai nie . yela sampai bila kita nak kat tahap tu je , mesti ada perubahan kan . sebab manusia tu fitrahnye sukakan kebaikan :) jadi kalau orang tu nak berubah , kau juga patut ikut jejak langkah die . sama sama berubah . aha ~  okbai . ngantuk ZzzZZz

mood : sahabat gua by m.nasir

Sunday, May 27, 2012

kecik naif zuhud

assalamualaikum dan salam sejahtera . ok , post kali nie pasal zaman budak budak dulu . kecik kecik dulu . semua pernah melalui zaman nie kan . sape xlalu , xnormal la kehidupan deme . kebanyakan kita kisah masa budak budak lebih kurang sama je kan . kalau lain pon mesti xbanyak beza , lagi lagi kanak kanak yang sezaman dan seangkatan dengan aku . kompem , same je hal nye .

1, kalau jumpe mentadak mentaduk mesti cakap mentadak mentaduk macam mane aku tido ? pastu mentadak mentaduk tu pon gerakkan badan dia . da tu , bukan untuk kau sorang kau tanye . ayah , mak , abang , atok sume kau tanye . hahaha . betol kan ??

2 , masa tengok bulan .ish , kenapa bulan nie asyik ikut kita je ? haa , betolkan ? mesti korang ada persoalan nie punye laa . pastu kalau g pantai , berdiri kat gigi air , eh , laut nie bawak kita laaa . kaki kita bergerak . haha . mesti pernah rasa kan ??

3 , musim permainan . kalau nak main petang petang tu mesti ada tema die . dan tema die pulak ikut musim . kang nagin kuat , layang layang . main guli , lumba basikal , main karom . macam macam lah . tapi satu permainan yang wajib main ialah main kawen kawen . ha masa tu pengantin nye nak laki yang hensem je . kesian budak yang tak hensem . awal awal kene reject . perempuan nye pon boleh tahan . nak yang cantik je . selalu nye yang cantik tu la yang setting sume . mak andam , pengapit . hah , kau boleh buat ?? haha

4 , mesti main masak masak punye . ingat masa main masak masak kat rumah atok aku . menyelinap kat dapur amek bawang , lada sume . masak kat luar . api nye pakai daun dering . habis daun kering , kuali xsempat panas pon . tergendala kat situ je . penat nak ngidupkan api je . betol ?? -_- . kalau xmain masak masak , xde masterchef sekarang tu . haha . 

5 , main cikgu cikgu . ha , laki ke perempuan ke mesti pernah main . xjadi cikgu , mesti jadi anak murid . cikgu aja mengeja , baca . kan ? kan ? kan ? da tu cikgu nye bukan pandai mane pon , tapi garang . marah anak murid yang xpandai . hahaha . pernah rasa kan ??

6 , kalau bab makanan , mesti korang pernah denga budak budak xboleh makan hati , limpa . kepala ikan xboleh makan , nanti bodoh . sudah nye sampai ke tua nie aku xmakan kepala ikan . hahaha . bukan takut bodoh , memang xmakan . dorang xbagi makan bukan apa , sebab bahagian bahagian tula yang sedap nye .

7 , kalau pergi ngaji mesti baca cepat cepat . sebab lepas tu nak main . hahah . acik ngaji baran je . bebudak nie , baca tajwid tunggang langgang . tapi nak cepat khatam . hahaha . maaf acik . 

sekarang da moden . budak budak da maju . stat umur 4,5 tahun da ada facebook bagai . da pakai hp . tablet la , psp la , macam macam . tapi sayang , dorang xde pengalaman hidup yang mencabar . pengalaman kan mendewasakan . hak3 . kalau kau ada adik , baik ajar dorang buat bende yang kau buat dulu . baru adik kau kental . hahah . xla lembut dan lembab disebabkan zaman teknologi sekarang nie . jangan terpedaya sangat . haha . 

mood : zaman retro klasik .

Saturday, May 26, 2012

halwa telinga


Al-Fatihah

assalamualaikum . tajuk yang agak menyedihkan . lebih kurang 3 hari lepas aku ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk meneman salah seorang rakan kelasku melawat ayahandanye . agak mengejutkan sebentar tadi aku mendapat panggilan dariapada jiah , dengan tangisan yang masih bersisa , dia kuatkan jugak nak bagitahu tentang pemergian ayahandanya yang tersayang . aku terkesima , terpaku . Ya Allah , baru hari tu ikut pergi IJN . tiada apa yang mampu aku ucapkan selain kata takziah dan Al-Fatihah . aku tau kau kuat , dan mampu harungi semua nie . Allah lebih sayangkan ayah kau . dan xnak bagi ayah kau terseksa lama . aku dan kawan kawan lain sentiasa berada di belakang kau dan akan sentiasa sokong kau . itu yang penting . kita kan satu keluarga jugak . short and simple . 

mood : muhasabah diri

Thursday, May 24, 2012

kelazatan dalam beribadat . macam mana nak dapatkannya ??


Seseorang itu kalau dia memperhambakan diri pada seseorang
Dia rasa senang, bahkan ada kalanya rasa bahagia
Kerana dia hambakan dirinya pada seseorang kerana hormat dan senang
Boleh jadi orang itu memberi kasih sayang
Timbul kasih dan sayang di dalam hatinya pula
Tapi kalau seseorang itu diperhamba kerana terpaksa
Jiwanya akan derita dan terseksa
Dia akan membuat kerja-kerja orang itu bukan dari hati
Tetapi keadaan memaksa
Mungkin padanya tidak ada jalan lain untuk hidup
Melainkan dengannya
Begitulah dengan Allah Taala, Tuhan manusia
Kalau dia menyembah Allah bukan dari pengenalan jiwanya
Terseksa beribadah
Hendak membuat kerja-kerja Tuhan macam terpaksa
Beribadah tanpa bahagia

Kerana itulah mengenal Tuhan itu wajib dan penting sekali
Hingga terasa Tuhan itu, kehendakNya, kuasaNya, ilmuNya, pendengarannya
Lebih-lebih lagi betapa kasih sayangNya
RahmatNya dan kurniaanNya, penjagaanNya, bijaksanaNya
JaminanNya kepada manusia
Diwaktu itu beribadah itu terasa rindu
Beribadah kepada Tuhan terasa lazatnya
Berkhidmat kepada Tuhan tidak terasa jemu
Bahkan boleh berkorban untukNya satu hiburan
Apabila kurang berkhidmat kepadaNya
Satu penyesalan
Oleh itu kenali Tuhan dengan sebaik-baiknya
Hingga terasa kasih sayangNya
Takut dan cinta kepadaNya
Barulah kita beribadah kepadaNya
Terasa lazatnya

p/s : antara kau dan aku , kita sama di sisi Allah , walaupun kau berpangkat besar , berkereta besar , dan aku pula xde yang besar cuma berjiwa besar sahaja . tetapi apa yang membezakan seseorang itu ialah AMAL nya kepada Allah . :) ayuh , kita rebutkannya :)