Thursday, October 11, 2012

parents

assalamualaikum dan salam sejahtera. alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan islam dan masih mampu bernafas di atas muka bumi ini untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. entry kali nie pasal ibu bapa. kita sebenarnya tau apa yang boleh mendatangkan dosa kepada kita apabila kita tak dengar , tak ikut arahan mereka. alang perkataan 'ah' sekalipun da berdosa. apatah lagi kalau kita meninggikan suara kepada mereka. tetapi jiwa muda sering memberontak, pantang keputusan serta permintaannya tidak dipenuhi dan dipersetujui, pasti akan menimbulkan ketegangan antara ibu bapa dan si anak. 
Sebagai seorang anak kita mempunyai satu tanggungjawab iaitu menjaga ibu bapa kita apabila mereka sudah tidak mempunyai kudrat. Ketahui apakah hukum menjaga ibu bapa.
Hukum Menjaga Ibu Bapa | Apabila kita meningkat dewasa, sudah berpendidikan malah sudah mempunyai kelaurga sendiri, adakalanya kita lupa akan tanggungjawab untuk menjaga kedua-dua ibu bapa kita. Sejak kecil, mereka tidak pernah merungut untuk membesarkan kita, tetapi terdapat anak-anak pada hari ini sanggup membiarkan ibu bapa mereka terkontang-kanting di kampung. Sebagai anak yang baik, kita perlulah menjaga ibu bapa apabila sampainya tanggungjawab itu. Jom ketahui apakah persoalan mengenai hukum menjaga ibu bapa.


Hukumannya adalah berdosa samada anak lelaki atau perempuan yang tidak mahu bertanggungjawab menjaga kedua ibubapanya lebih-lebih lagi dihantar ke rumah kebajikan. Tindakan yang wajib diambil terhadap isterinya ialah menasihati dan mendidik isteri dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam, akhlak yang mulia dan budipekerti yang tinggi.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa, jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pekiharaanmu, maka janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia”
(Surah Al- Isra’-ayat 23)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Keredhaan Allah s.w.t terletak pada redha kedua ibubapa”
(Riwayat Muslim)

ayuh kawan-kawan janganlah kita tergolong dengan golongan yang di atas . sesungguhnya nerakalah tempat kita . ibu bapa anda adalah harga yang paling bernilai buat diri anda dan merupakan tiket ke syurga kelak . sayangi mereka seperti mereka menyayagi kita semenjak kecil. 

mood : final sudah mula menghampiri. tapi masih tak study . huhu